Saturday, May 14, 2011

Siapa Aku?

HARGA    :   RM 15.00 
PENCERAMAH : AL-HABIB ALI AL-JUFRI



SIPNOPSIS :
Benarkah hanya Allah swt sahaja yang layak menggunakan perkataan “Aku” dan bukan makhluk selainnya ? Benarkah para nabi dan orang yang soleh menggunakan perkataan “Aku” dengan penuh rasa rendah diri dan kadang-kadang menafikan kemampuan dirinya sendiri ? Atau adakah benar yang sering ingin menunjukkan siapa dirinya adalah mereka yang terdiri daripada golongan syaitan baik pada kalangan jin ataupun manusia. Sungguh pelik kenyataan ini.


Boleh jadi sesetengah daripada kita merasa hairan dengan tajuk ini serta apa kaitannya dengan perkataan “Aku” pada diri kita semua. Melainkanlah bagi mereka yang menelitikan dengan penuh kesedaran dan keinsafan, serta apa hubungkaitnya dengan ayat-ayat Allah swt dan sabda Rasul-Nya. Kita mendapati bahawa permasalahan di seluruh dunia pada hari ini adalah sebenarnya bermula pada perkataan “Aku” itu sendiri. Yakni siapa sebenarnya diri aku dan apakah tugas dan amanah aku. Percayalah, bahawa dunia ini pun akan terlepas dari permasalahannya dengan munculnya golongan individu yang beriman yang sentiasa berhati-hati dalam menggunakan perkataan ini. Perkataan “Aku” juga adalah perkataan yang sangat berkait rapat dengan zat dan jiwa seseorang manusia. Serta sejauh mana keghairahannya terhadap dirinya sendiri. Iaitu dengan kefahamannya terhadap setiap sesuatu yang berlaku di sekelilingnya.
Pembahasan tajuk “Siapa Aku” ini akan memecahkan kebuntuan kita selama ini.

No comments:

Post a Comment